Bermain dengan WordPress Database Tables

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca. Tadi tengok Maharaja Lawak 2012 kejap, memang lawak tapi saya minat 4 kumpulan ja sebab dapat mencuit hati. Jambu, Jozan, Boboi dan Shiro. Maharaja Lawak 2012 musim 2 ni, saywho kurang sikit la pula tapi masih ok. Si kecik tu tetap mencuit hati ini. The best Jambu.

Pengalaman mengajar kita, Pengalaman itu mahal

Sesiapa yang membaca entri ServerFreak vs Saleiz tu, pasti tahu sekarang ni saya nak belajar tentang cPanel, wordpress, dan sebagainya untuk diri sendiri jika ada masalah teknikal. Tidaklah hingga sehebat bro kita ni tapi sekurang-kurangnya hingga tahap intermediate pun sudah mencukupi. Tidaklah terkial-kial, ternanti-nanti jika ada masalah nanti.

Alhamdulillah baru-baru ini blog saya mendapat masalah yang sama pernah berlaku di mana sebelum ni saya tak tahu di mana punca iaitu semua gambar menjadi 403 error. Masa tengok log 404 error dalam dashboard, memang pelik ada masalah 404 error /not_found/. Gambar dalam visual editor pun error. Nasib baik pernah berlaku sebelum ni. Puncanya sebab hotlink protection dari cPanel. Jadi kepada sesiapa yang berlaku masalah 404 error /not_found/ atau gambar ada masalah 403 error kerana menggunakan CDN, cuba check dalam cPanel feature hotlink protection. Disable kan kemudian enable kan balik. In Shaa Allah berjaya.

Change wordpress database table prefix

Bermain dengan WordPress Database Tables

Kembali pada tajuk kita tentang bermain dengan WordPress Database Tables ni. Banyak juga dipelajari bermain dengan database ni. MySQL masih tak berani kacau lagi. Dulu database ni tak berani sangat nak kacau. Paling-paling, buka phpMyAdmin, tengok-tengok database apa yang ada. Tak berani nak drop atau empty dan sebagainya. Sekarang ni, alhamdulillah, hati mesti mahu keras. Yang penting apa-apa pun kena backup dulu.

Bagi sesiapa yang nak belajar WordPress Database ni, jangan risau jangan takut. Yang penting jangan salah empty atau drop table. Boleh baca di Codex WordPress Database Description table yang wajib ada dalam wordpress. Dalam phpMyAdmin tu, selain dari table dari dalam codex tu, kebiasaannya semua tu dari plugin.

Wordpress database tables

Kalau tengok dalam gambar WordPress Codex Database Description ni sangat mudah nak tahu dari mana punca table tu dari WordPress user Interface.

Database Table dan Plugin

Di sini pun sebenarnya sangat mudah sebab table yang ada tu, kebanyakan meletakkan nama singkatan untuk nama plugin tu. Contoh.

  • bwps_ : Better WP Security
  • redirection_ : Redirection
  • sam_ : Simple Ads Manager
  • yarpp_ : Yet Another Related Post Plugin
  • blc_ : Broken Link checker
  • _wptwitipid : Twitterlink Comments
  • _beifen : Backup
  • _W3TC_CDN_ : W3 Total Cache
  • links_stats : WP No external Link

Itu antara database table plugin-plugin yang blog ni sedang guna dan plugin yang dah lama tak guna tapi baru saja drop table.

Mudah ja kan. Ada sesetengah table tu, mungkin lain sikit. Pertama sekali tengok dalam link wordpress codex tadi, kalau tiada. Kemungkinan dari plugin. Contohnya table links_stats tadi tu, tak sama kan. Cuba tengok dalam table name tu mungkin link url sebagainya. Kalau masih tak dapat agak lagi. Cari di google dengan menggunakan quote atau “”. In Shaa Allah akan jumpa. Plugin tu dah lama saya deactivate dan delete tapi masih bersarang dalam database.

Kelebihan belajar WordPress Database

Apa yang saya buat ni cuma nak optimize database sebab selalu cuba-cuba plugin. Jadi sesetengah plugin ada fungsi delete segala data sebelum deactivate, ada plugin pula bila delete akan keluar delete data also. Ini masih tak menjamin tak meninggalkan table dalam database.

Plugin delete its data

WordPress plugin sekali deletes its data

Wordpress plugin tanpa delete data

WordPress plugin tanpa delete data

 *****

Nampak saya memang sibuk juga tak dapat nak beri komitmen pada contest dan blogwalking. Macam dalam entri sebelum ni, saya banyak membaca. Ebook dalam laptop ada lagi dalam 50 tak silap nak baca. Belum lagi tambah mana-mana artikel yang saya bookmark nak baca pada masa akan datang. Rasanya hujung bulan ni kot baru ada banyak masa. Sebenarnya nak ikut review sesama blogger dari blog puan bee tapi apakan daya, sekali dah khusyuk membaca tak sedar dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv