Sikap guru patut dicontohi

Beginikah sikap guru patut dicontohi?

Perkongsian ini bukannya nak lepas geram tapi nak kongsikan sikap guru sekarang ni yang dah menjadi-jadi. Kes ini yang berlaku kat adik saya yang baru berpindah sekolah. Adik saya di tampar oleh guru bahasa inggeris kerana tidak membawa buku yang di suruh bawa.

Kisah sebenarnya begini, guru bahasa inggeris tu mahukan setiap pelajar beli buku bahasa inggeris untuk di gunakan pada esok hari. Adik saya pun cuba membeli buku tu di koperasi pada esok harinya. Tapi masa nak beli tu, buku yang di cari dah habis.

Jadi di dalam kelas, guru tu cuma tanya siapa tak bawa buku, berdiri kemudian terus menampar pelajar. Kalau tak silap, 11 orang pelajar di tampar.

Jadi sekarang apa salah cikgu tu, cikgu tu tak tanya dulu sebab kenapa pelajar tak bawa buku. Kedua, cikgu tu hanya memberi masa satu hari untuk membeli buku tu.

Bagi saya, kes tampar, pukul, rotan atau apa-apa jenis denda dalam sekolah tu perkara biasa. Saya pun dah biasa kena denda juga, jadi bagi saya itu perkara biasa. Cuma yang tak menjadi biasanya tu sekarang ni.

Adik saya tu masih kecil, perempuan, penakut lagi. Sekarang ni, dia takut nak pergi kesekolah, bukan takut dengan cikgu tu ja. Lepas tu, adik saya tu dah cuba beli buku tu, tapi dah takda, apa boleh buat kan.

Lagipun, kalau guru tu dah beri masa seminggu atau tiga hari untuk beli buku tu, mungkin ada juga betulnya. Kalau tak pun, tanya dulu pelajar, kenapa tak bawa. Biarpun tetap kena tampar, sekurang-kurangnya ada juga tanya kan?

Begini ka sikap guru untuk di contohi generasi akan datang? Sebelum blog ni hilang segala-galanya dan terpaksa bermula dari bawah semula, saya ada kongsikan tentang sikap guru yang melemparkan duit bantuan RM100 bajet 2012 kepada bapa pelajar.

Sekarang ni, di sekolah adik saya sendiri pula. Banyak lagi sikap-sikap buruk pendidik sekarang ni. Guru itu pelita hidup, tanpa guru tiada jurutera, tiada doktor. Walaupun tidak semua guru begini dan banyak lagi guru-guru yang berkualiti tapi begini ka sikap guru yang patut kita contohi? Patutkah guru bersikap begini?

2 thoughts on “Beginikah sikap guru patut dicontohi?”

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>