Amaran guna plugin SEO Auto Links & Related Posts
Plugin SEO Auto Links & Related Posts atau SEO ALRP di bina oleh Purwedi Kurniawan dari Indonesia. Plugin ini bagi saya sangat baik. Banyak fungsi yang di berikan untuk meningkat SEO di dalam blog kita. Fungsi yang di berikan oleh plugin ini lebih banyak berbanding plugin SEO Smart Links yang di bina oleh Vladimir Prelovac. Iya, perkongsian ini antara 5 masalah saya tak update blog seminggu tu. Masalah pertama saya.
Kenapa saya beri amaran menggunakan plugin SEO Auto Links & Related Posts? Saya akan ceritakan masalah yang saya alami sewaktu menggunakan plugin ini. Dalam blog sebelum ini juga saya ada menggunakan plugin ini. Tapi tak tahu kenapa kali ni ada masalah pula. Sebelum tu saya nak kongsikan fungsi-fungsi plugin ini.
Fungsi plugin SEO Auto Links & Related Posts – SEO ALRP
Seperti yang saya kata tadi plugin SEO ALRP hampir sama berbanding dengan plugin SEO Smart Links. Fungsi yang di berikan untuk auto link semuanya sama.
Tetapi plugin SEO Smart Links ada fungsi lebih sikit. Iaitu kita boleh pilih untuk external link atau link luar link jadi nofollow dan boleh buka di window baru. Di samping itu, plugin SEO Smart Links juga memberikan fungsi lain. Tapi itu plugin lain. Jadi di bawah ni saya berikan fungsi plugin SEO Auto Links & Related Posts.

SEO Auto Links
- Link keyword pada post yang berkaitan
- Link keyword pada tag atau kategori
- Link tajuk post
- Kita boleh pilih sendiri anchor text yang kita mahukan.
SEO Related Posts
- Post berkaitan melalui tajuk post, isi post, dan meta keyword. Ini kelebihan Related Post yang di berikan kerana kebiasaanya related post berdasarkan tag atau kategori
- Boleh menunjukkan related post di dalam laman 404 Error
- Boleh meletakkan post berkaitan di widget
- Boleh memilih untuk meletak thumbnail atau tidak. Di samping boleh memilih saiz thumbnail
- Boleh meletak excerpt dan memilih berapa panjang excerpt kita mahukan
- Boleh menukar tajuk link. Maksud di sini, title=”tajuk link”
- Boleh menukar kod header seperti h2/h3/h4. Ini bagi menguatkan on page SEO dan related post
- Boleh memilih berapa related post yang kita mahu tunjukkan. Di samping memberikan automatic meletakkan related post di bawah post. Boleh juga menggunakan secara manual jika tidak mahu automatic
Bagi related post, saya malas nak letak gambar, panjang betul. Takpa la, saya pun sekarang tengah fokus untuk auto link.
Jadi jika anda lihat fungsi yang di berikan memang baik. Saya pun suka plugin ini di bandingkan dengan SEO Smart Links. Kenapa? Sebab dia memberikan dua fungsi plugin dalam satu plugin. Iaitu fungsi related post dengan smart links. Di samping boleh menguatkan lagi on page SEO blog kita.
Tapi sayangnya, plugin ada masalah pula. Saya tidak pasti adakah ia kerana bug. Mungkin sebab tidak sesuai dengan wordpress terbaru. Selepas saya kurang sibuk, saya akan hubungi pembina plugin ini. Pembina plugin ini orang indonesia. Tambahan pula, saya dah buat entri ini, jadi saya boleh berikan link ini. Jadi lebih mudah. Sekarang baru masuk isi penting perkongsian ini.
Amaran saya menggunakan plugin SEO Auto Links & Related Posts – SEO ALRP
Pada mulanya saya ingat ini tiada apa-apa dan akan kembali sediakala. Jadi saya biarkan. Tapi makin berterusan dan kadang-kadang saya lihat link jadi nofollow bagi keyword yang mula-mula. Antara kesan plugin ini.
Memberikan tanda > di mula post
Gambar menunjukkan permulaan post ada >, kadang-kadang menunjukkan tanda seperti ini >a> atau a>. Oleh kerana saya masih tak risau. Saya biarkan.
Link keyword nofollow
Gambar menunjukkan link mula-mula menjadi nofollow. Sini saya mula risau. Tambah pula dah beberapa hari tapi masih tak pulih. Jadi saya ingat kembali, kemungkinan sebab plugin. Saya deactivate plugin yang baru install. Tapi tidak berjaya.
Sehingga la tanpa sengaja saya cuba lihat valid post blog ini. Baru saya faham apa masalah sebenarnya.
Tidak valid di W3C Validator
Gambar menunjukkan masalah di W3C Validator.
Punca link nofollow
Ini memburukkan SEO blog sebab internal link jadi nofollow. Gambar di bawah lebih jelas menunjukkan keyword saya jadi nofollow.
Kemungkinan ini juga punca blog saya hilang dari enjin carian. Sebab semua keyword saya jadi nofollow dari blog saya sendiri.
Punca tanda > di mula post
![]()
Ini pula sebab kenapa post keluar tanda > atau a> atau >a> yang memburukkan permulaan post di blog saya.
Cara saya pulihkan masalah SEO Auto Links ini
Pada mulanya saya sudah deactivate plugin ini, tapi perkara ini masih berlaku. Jadi saya ingat bukan masalah plugin ini.
Tapi selepas saya lihat di W3C validator, baru saya sedar punca masalah ini. Sebab pada waktu tu, saya tahu tiada plugin lain yang saya gunakan ada auto link keyword. Tiada plugin membandingkan keyword lain. Tiada plugin meletakan tajuk “Lihat juga…..” dalam link. Jadi hanya satu iaitu plugin SEO Auto Links & Related Posts. Sebab plugin SEO Smart Links saya deactivate lepas guna plugin ni.
Jadi saya tukar setting plugin dengan uncheck fungsi auto link. Baru berjaya. Tapi saya fikir, jika saya matikan fungsi ini, plugin ini kurang la manfaatnya, lebih baik saya gunakan plugin SEO Smart Links kan?
Saya tukar setting related post to be compare jadi satu. Kalau tak silap 50 adalah setting asal plugin ini untuk mengubah keyword yang kita gunakan. Tapi selepas tukar jadi satu pun hal ini masih berlaku.
Jadi apa yang saya buat? Saya matikan fungsi auto link kemudian deactivate plugin. Kemudian saya gunakan plugin SEO Smart Links.
Sebenarnya gambar-gambar di atas tu adalah di antara proses saya tukar setting juga terutamanya bahagian link nofollow tu. Gambar kedua menggunakan setting asal plugin ni. Gambar pertama pula selepas saya tukar setting jadi satu. Oleh kerana saya malas nak upload gambar yang sama. Jadi, boleh pergi bahagian punca link nofollow melalui link ni.
Saya pun tak pasti kenapa plugin ni bermasalah. Sedangkan kita boleh lihat melalui gambar di bawah yang plugin ini sesuai dengan wordpress terbaru. Plugin ini juga baru update 14 hari yang lepas di bandingkan dengan SEO Smart Links 216 hari yang lepas update terbaru.

Plugin SEO Auto Links & Related Posts

Plugin SEO Smart Links
Saya harap plugin ini akan membaik pulih masalah ini. Saya akan gunakan plugin ini di bandingkan SEO Smart Links sebab plugin ini memberikan dua fungsi sekali. Related post yang di berikan juga lebih bersesuaian di banding related post berdasarkan tag atau kategori. Tetapi bagi Plugin SEO Smart Links Premium saya kurang pasti kelebihan dia. Kemungkinan lebih baik.
Itu saja amaran saya menggunakan plugin SEO Auto Links & Related Posts. Saya berharap sangat pembina plugin membaik pulih masalah ini.






