Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah

5 Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah

1. Mengambil ilmu dari orang yang dipercayai peribadinya bermaksud bukan seorang yang dikenali sebagai pendusta, kaki temberang, kaki kelentong dan lain-lain. Kata Ibn Sirrin dan Malik bin Anas, ﺩﻳﻨﻜﻢ ﺗﺄﺧﺬﻭﻥ ﻋﻤﻦ ﻓﺎﻧﻈﺮﻭﺍ ﺩﻳﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻫﺬﺍ Ilmu ini ialah agama, maka lihatlah dari mana kamu mengambil agama kamu.

2. Menyemak sumber ilmu yang disampaikan. Jika penceramah bercerita tentang sesuatu kisah maka semak apakah kisah itu dari al-Quran, dari as-sunnah, dari riwayat sahabat, dari cerita tuk-tuk guru dan wali-wali atau orang soleh.

Jika dari al-Quran wajib terima, dari hadith maka kena semak apakah ianya sahih, jika sahih wajib terima, jika dari riwayat sahabat maka ianya menjadi teladan dan ikutan. Jika dari tuk-tuk guru, orang soleh dan wali-wali maka kena pertimbangkan apakah cerita itu selari dengan syarak dan ianya tidak menjadi hujah agama.

3. Setiap ilmu itu ada pintu dan tokohnya maka lihatlah apakah ilmu itu diambil dari tokoh dan pintu yang sepatutnya bermaksud kalau ‘pendakwah’ itu bercakap isu ‘dialog dengan Kristian dan bukan Islam’ maka lihatlah apakah dia pernah mengambil manfaat dari Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik dan lain-lain yang merupakan tokoh dalam bidang itu. Kalau dia menyelisihi mereka makanya dia mesti bermasalah atau wajar diragui.

Kalau dia bercakap soal hadith, fiqh, tetapi tidak merujuk dari tokoh-tokoh yang sepatutnya maka dia wajar ditinggalkan. Kata Ibn Aun, ﺑﺎﻟﻄﻠﺐ ﻟﻪ ﺷﻬﺪ ﻣﻦ ﺇﻻ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺗﺄﺧﺪﻭﺍ ﻻ Janganlah mengambil ilmu kecuali dari orang yang kamu menyaksikan dia belajar.

4. Melihat apakah pendakwah itu mempunyai penyakit zahir dan batin seperti pemarah, bipolar disorder, gila isim, mulut cabul, perasan bagus, perasan dirinya penting dan mustahak sehingga sanggup kata kalau dia tak online untuk update status maka ramailah org yang sesat. Kalau ada org yang begitu tinggalkanlah kerana jangan mengambil ilmu dari bekas yang buruk !

5. Memohon kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah dan petunjuk kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertunjuk kecuali Allah. Hanya Dia yang dapat memberi kita penilaian yang benar. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya maka akan difaqihkan dalam agama. [riwayat Al-Bukhari]

Wallahua’lam


[1] Sumber : Emran Ahmad. (2012, December 18). 5 Panduan orang awam untuk menilai pendakwah. Retrieved June 25, 2014 from http://www.facebook.com/ustazemran/posts/314482025323726.

[2] Photo credit : Guide logo by Freddie Laker via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic

33 thoughts on “5 Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah”

  1. Terima kasih di atas perkongsian info dan nasihat… Zaman sekarang ni kita kena berhati-hati… Sebab bukan semua manusia baik… Ada orang yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri…

  2. As Salam….

    Utamakan mengambil ilmu dari yang hidup supaya kita boleh bertanya bukan semata-mata dariyang ‘mati’ tanpa dapat kita bertanya. Yang hidup ialah guru yang mengajar. Yang ‘mati’ ialah buku yang tidak bersuara.

  3. Assalamualaikum naziman. terima kasih untuk entri ni. sangat berguna panduan ini untuk kita mengenali pendakwah yang ada. insyallah :)

  4. Dunia sekarang ini perlu hati2 untuk beri sebarang ulasan dan pandangan berkenaan agama.. Sebaik2nya rujuk dahulu daripada yg lebih arif berkenaan suatu hadith2 yg berteberan di dalam internet skrang.sama ada ia mmg dtg dari hadith yg sahih atau tidak.. yaya pun bimbang juga klu2 tersalah post di blog.. klu ada salah silap sama2 lah kita tegur menegur.. pesan memesan dan nasihat menasihati sesama kita.. insyaAllah moga… syiar islam berkembang maju di akhir zaman ini..

  5. Adakah kita bernasib baik kerana dilahirkan zaman ini. Jika kita ditakdirkan lahir sezaman dengan para rasul atau sezaman dengan Muhammad s.a.w. dan tanpa panduan di atas, adakah kita akan termasuk dalam golongan yang bersama-sama para rasul atau mereka yang mengasingkan diri atau mementang rasul-rasul.

    Apakah asas yang dipakai oleh Abu Bakar, Omar dan sahabat-sahabat sezamannya untuk menerima kebenaran yang dibawa oleh rasul? Mungkinkah petikan berikut berguna sebagai perbandingan siapa diri kita ketika itu iaitu :

    ” Adakah orang-orang yang percaya dan patuh kepada al-quran YANG KEADAANNYA SENTIASA BERDASARKAN BUKTI YANG NYATA dari Tuhannya, sama seperti orang-orang yang ingkar atau derhaka yang telah diperhiaskan kepadanya akan kejahatan amalannya sehingga disangka baik dan yang menurut hawa nafsu? ”

    Siapa yang dirujuk oleh para sahabat untuk menerima kebenaran Muhammad s.a.w ketika ramai pembesar-pembesar Mekah menolak dakwah tersebut.

    Semoga Tuhan tunjukkan jalan yang benar.

  6. 5 pont diatas bisa dijadikan tolak ukur bagi kita dalam menerima dan mempercayai dakwah dari para ulama ya..
    trims atas infonya, sangat bermanfaat

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>