404 error WordPress blog post

404 error wordpress blog post penyelesaian

Sebelum ni saya ada kongsikan tentang Post 404 error tapi homepage boleh buka? Kes ni berlaku lagi sekali, di mana semua post 404 error. Tapi page dan homepage boleh buka macam biasa.

Sebelum ni saya tak pasti page boleh ka tidak kan. Jadi kali ni sebelum saya selesaikan masalah, saya tengok apa yang patut dulu. Kalau semua post keluar 404 error tapi page, homepage dan yang lain-lain boleh buka macam biasa. Masalah anda sama macam saya.

Kenapa hanya single post saja 404 error?

Ini bukan masalah permalink anda berubah, atau post terpadam ka. Post anda masih ada. Permalink juga tetap macam biasa. Anda tak perlu takut atau gelabah. Masalah ni boleh selesai dalam beberapa saat dan beberapa klik saja, kalau internet laju la.

Ini sebab plugin W3 Total Cache. Masa kita setting plugin ni. Fail .htaccess akan mengalami beberapa perubahan. Saya kurang pasti hanya plugin W3 Total Cache saja atau tidak. Yang penting mana-mana plugin yang menggunakan fail .htaccess berkemungkinan besar akan menyebabkan post 404 error.

Dalam kes saya, saya yakin plugin W3 Total Cache puncanya. Sebab yang berlaku sebelum ni dan sekarang, perkara terakhir saya buat plugin W3 Total Cache la.

Untuk sebab post 404 error tapi yang lain boleh buka ni, saya berterima kasih kepada blog codewordz dalam post Fix 404 error on your WordPress Blog Posts. Saya cari sebab kenapa berlaku post saja 404 error tapi dia ajar sekali cara-caranya.

Mengikut kata blog tu saya kurang faham dan kurang pasti kebenarannya. Mengikut kata blog codewordz, terdapat dua 404 error. Satu 404 error bagi single post atau kategori/tag yang biasanya sebab web hosting. Biasanya anda akan nampak web hosting tunjuk 404 error bukan lagi tema blog anda. Saya tak pernah alami lagi yang ini. Contoh macam gambar di bawah page 404 error dari web hosting hostgator.

Kedua pula 404 error pada single post. Yang biasanya kita tengok dalam blog tu. Boleh try la di blog anda atau blog ini. Taip ja url blog anda dash lepas tu taip apa-apa. Contohnya macam gambar di bawah.

Ini contoh page 404 error dari blog naziman.com. Belum ubah apa-apa lagi. Masih yang asal. Nanti bila saya ada masa baru bagi lawa macam contoh di bawah.


Kenapa saya kurang faham? Sebab blog tu bagi penyelesaian lain, tapi sebab lain. Nanti saya terangkan. Sebelum tu tengok penyelesaian yang di berikan olah blog codewordz sekali punca 404 error. Lepas tu bandingkan la dengan pengalaman saya.

Fixing Primary 404 Error Page on Single Posts or Categories/Tags (might be set by the webhost):

Fixing 404 error shown by WordPress on the single posts:

Baik pulih error 404

Ok, mengikut kata blog codewordz, untuk sebab web hosting, kita kena baiki atau re-write file .htaccess. Untuk error 404 kerana web hosting ni biasanya gambar hosting tu keluar. Tapi masalah yang berlaku dengan saya, kerana file .htaccess tapi bukan web hosting bermasalah.

Dan waktu error single post 404 yang sebelum ni saya tak buat apa pun. Saya cari-cari penyelesaian, lama la juga. Kemudian, baru nak hantar tiket dengan hosting, terus blog pulih seperti biasa.

Jadi sekarang, saya akan berikan caranya. Cara ini mengikut langkah. Saya susun dari cara mudah ke cara lebih sukar dan perlukan banyak masa.

Langkah pertama

Ini cara paling mudah dan hasilnya boleh di lihat serta merta. Ayat macam jual ubat tapi bukan jual ubat ya.

  1. pergi dashboar admin blog anda.
  2. Klik setting-permalinks
  3. Klik save changes

Saya pun tak sangka juga cara ni boleh pulihkan blog saya. Kenapa terus tekan save changes saja tak perlu setting apa-apa sebab selepas kita tekan save, ini akan re-write balik fail .htaccess.

Langkah kedua

Kalau di atas tu tak menjadi, ini berkemungkinan sebab error dalam database. Jadi kita kena baiki database blog. Untuk baiki database blog banyak cara. Boleh guna plugin, boleh secara manual dalam cpanel. Untuk database ni, saya tak pasti lagi optimize database sama atau tidak dengan repair database. Saya rasa tak sama.

Antara plugin untuk repair database ialah WP-DBManager Plugin. Tapi plugin ini ada masalah dalam blog saya, jadi saya tak pakai. Sebelum ni saya guna plugin GD Press Tools untuk clean database.

Plugin GD Press Tools ni bagus sebab kita boleh tengok table database yang kita gunakan, boleh drop dan empty table yang kita tak gunakan. Jadi kalau plugin ada buat database, senang nak drop database. Tapi plugin ni banyak bagi error 404 dalam blog saya dan untuk optimize database juga, saya boleh guna plugin lain.

Jadi, saya sekarang saya guna plugin BackWPup. Plugin ni boleh backup database dan optimize database sekali. Saya dah try juga optimize database antara dua plugin ni. Dua-dua boleh pakai. Jadi saya pilih plugin ni la di samping boleh backup fail-fail saya yang lain.

Kenapa saya cakap tentang dua plugin ni pula. Sebab kemungkinan anda boleh cuba optimize database. Siapa sangka optimize database pun dah boleh.

Kalau tak boleh juga atau tak mahu tambah plugin di blog anda. Boleh repair database dari cPanel dalam MySQL Databases.

Langkah ketiga

Ini sepatutnya langkah pertama tak kira apa-apa yang berlaku dalam hosting anda. Tapi langkah pertama dan kedua di atas, mudah saja dan tidak mengambil masa yang lama untuk tengok error 404 dah selesai ka belum. Dan tidak semua orang mempunyai internet yang laju. Buka web hosting ni biasanya lambat. Leceh lagi nak tunggu balasan dari hosting.

Jadi lebih baik jadi langkah ketiga iaitu hantar tiket bantuan kepada hosting anda. Nyatakan masalah yang berlaku, apa yang terakhir anda lakukan. Dan kalau boleh beri screenshot. Jadi sekali dorang jawab dengan jawapan bukan dengan soalan balik kerana kurang faham masalah anda.

Itu saja dari saya, selamat mencuba.


[1] Photo credit : 404 – common sense not found by Kim Bach via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-ShareAlike 2.0 Generic

21 thoughts on “404 error wordpress blog post penyelesaian”

    1. wp-cache? bagus guna W3 Total cache sebab semua jenis yang untuk lajukan laptop dia ada. Full version plugin for blog page load time.

    1. itu betul kita boleh belajar dari dorang juga. tapi kadang-kadang bikin panas juga. haha. kadang-kadang lambat balas la. tak sound awal-awal supaya backup ka apa. tapi tak pa, itu semua pengalaman saya dengan hosting.

    1. tak la. 404 error ni berlaku pada semua website. blogspot pun boleh berlaku. contoh kalau boni pernah publish post lepas tu padam, link post tu akan tunjuk 404 error.

  1. Saya pernah juga hadapi masalah ni. Bila bagitau pihak webhosting dia tambah lagi satu fail 000.htaccess. Pastu takut nak buang.. hahah. Masih tak faham dengan .htaccess ni. Error 404 kalau dimanipulasi mesti cantik.. ramai blogger buat error 404 page tu lawa-lawa sekarang ni.

    1. Saya pun pernah hosting buat fail dummy .htaccess itu sebenaranya kira backup ja. Saya padam dah yang dummy tu. Tapi isi yang dummy tu saya masukkan ke fail original. Mana-mana trik yang saya rasa tak guna dah dalam fail .htaccess atau kena buat baru. Saya padam. Lepas dah settel semua, fail dummy tu saya padam. Itu kes saya la.

      Page error 404 tu memang ramai blogger buat. Dulu saya pun buat juga. Sekarang ni tengah sibuk sikit. Jadi guna yang asal la. Yang penting dalam page tu biarlah cantik, orang senang nak cari benda lain, kurangkan bounce rate, menarik untuk menjenguk blog kita lebih jauh. Itu ja. Selain dari itu, cuma tambahan bagi saya macam letak revenue untuk income.

  2. Cara pertama tu banyak selesaikan masalah. Pernah kena jugak kes macam tu especially bila dah mula guna cache file. BTW, aku nak kongsi satu plugin, Permalink Finder. Plugin ni memang best, boleh settle masalah 404 page.

    1. Terima kasih bro, ni baru install ni. Nak try la juga. Sebelum ni pernah guna plugin redirect ja. 404 redirection dengan redirection tak silap. Tapi dua2 tu guna database tinggi la kalau banyak 404, sebab dia buat table untuk log tu.

    2. Terbaik la bro plugin, hampir 80% masalah 404 error bekas yang dulu sebelum ada masalah blog ni hilang semua post dia selesaikan automatic. Tak perlu fikir la sudah lepas ni. Kalau tiba-tiba jumpa 404 error, buat post hampir sama url.

        1. Tapi bro tak boleh redirect 310 manual. Itu yang tak best. Plugin 404 redirected tu hampir sama fungsi dengan plugin ni tapi plugin ni banyak fungsi file xml, txt, robot yang missing dia boleh carikan. ala, terpaksa la buat url hampir sama ni. hehe

  3. halaman category pada blog saya saat ini mengalami error juga dan sering kali mengarah ke halaman 404 error
    terima kasih atas masukkannya, sangat membantu…

  4. Artikel yang best,
    Tadi try serp google berkaitan cara nak buang robot.txt

    Sejak saya install plugin All In One SEO pack,
    Robot.txt ni selalu halang blog daripada carian.

    Ada solusi tak tentang robot.txt ni admin?
    Poningg denn

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>